Jumaat, 2 March 2018 | 10:18am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan lantunan daripada penyusutan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, susulan pelabur bimbang terhadap unjuran dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit diniagakan 3.9120/9150 berbanding dolar AS daripada 3.9270/9300 pada Khamis.

Peniaga berkata, dolar AS menyusut daripada paras tinggi enam minggu, susulan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk melaksanakan tarif import terhadap besi dan aluminium.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9600/9630 daripada 2.9577/9605 pada Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.6812/6851 daripada 3.6777/6822.

Ringgit turut susut berbanding euro kepada 4.7992/8041 daripada 4.7831/7875 semalam, namun meningkat berbanding pound British 5.3888/3933 daripada 5.3953/3014 pada Khamis.

-BERNAMA

Berita Harian X