Rabu, 28 Februari 2018 | 1:36pm

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, menjejaki prestasi lemah pasaran serantau.

Peniaga berkata, sentimen pelabur terjejas berikutan ulasan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), Jerome Powell terhadap inflasi AS, polisi fiskal dan pertumbuhan ekonomi, serta data perkilangan China pada Februari.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 8.28 mata kepada 1,863.18 berbanding 1,871.40 semasa ditutup semalam.

Indeks bergerak antara 1,861.10 dan 1,872.02 sepanjang sesi dagangan pagi selepas dibuka 0.06 mata rendah 1,871.40.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 838 berbanding 179, manakala 281 kaunter tidak berubah, 581 tidak diniagakan dan 48 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion saham bernilai RM1.26 bilion.

-BERNAMA

Berita Harian X