Khamis, 22 Februari 2018 | 5:33pm

Harga minyak terus jatuh

SINGAPURA: Harga minyak mentah jatuh hari ini, ditekan oleh dolar yang mengukuh.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) West Texas Intermediate (WTI) didagangkan AS$61.15 setong pada 0748 GMT, turun 53 cents atau 0.9 peratus daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 48 cents, atau 0.7 peratus, daripada penutup terakhir kepada AS$64.94 setong.

Dolar mengukuh ke paras satu minggu tertinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain pada Khamis, selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada Januari menunjukkan penggubal dasar berasa lebih yakin dengan keperluan untuk menaikkan kadar faedah.

"Pengukuhan dolar terus menghalang sentimen pelabur walaupun data inventori meningkat," kata Ketua Perdagangan Asia Pasifik di firma broker niaga hadapan, OANDA.

Memandangkan dagangan minyak dilakukan dalam dolar, kenaikan dolar AS menjadikan import bahan api untuk negara menggunakan mata wang lain lebih mahal, yang berpotensi membendung permintaan.

Dolar yang kukuh mengatasi kejatuhan yang dilaporkan dalam inventori minyak mentah AS.

Institut Petroleum Amerika pada Rabu melaporkan penurunan yang tidak dijangka dalam inventori minyak mentah AS sebanyak 907,000 tong kepada 420.3 juta tong untuk minggu ini hingga 16 Februari.

"Peningkatan infrastruktur saluran paip ke pantai Teluk dan bekalan menurun melalui saluran paip Keystone TransCanada, menyebabkan inventori jatuh," kata Innes. - Reuters

Berita Harian X