Rabu, 21 Februari 2018 | 9:54am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Wall Street menamatkan rali enam hari selepas prestasi tidak memberangsangkan yang direkodkan oleh Walmart Inc, serta larangan jualan saham teknologi.

Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 2.95 mata lebih rendah pada 1,857.20, selepas dibuka 1.94 mata lebih rendah pada 1,855.38 daripada 1,855.99, penutup semalam.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 138 berbanding 104, manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,476 tidak diniagakan dan 29 lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 96.45 juta dengan nilai RM52.81 juta.

-BERNAMA

Berita Harian X