Isnin, 19 Februari 2018 | 9:57am

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan penyusutan berterusan nilai dolar, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit mencatatkan paras 3.8860/8910 berbanding dolar daripada 3.8910/8980 pada Khamis .

Ketua Pedagang OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata berikutan hubungan antara kadar faedah AS ke atas tukaran asing kini terbuka, dolar terus berhadapan jualan walaupun pulangan bon meningkat.

Beliau bagaimanapun berkata, pasaran masih masih lengang susulan Tahun Baru Cina, sebahagian besarnya disebabkan Rizab Persekutuan AS yang senada dengan minit Jawatankuasa Komersial Terbuka Persekutuan, yang berkemungkinan menyebabkan turun naik dalam pasaran minggu ini.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9628/9673 daripada 2.9659/9724 pada Khamis dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6557/6611 daripada 3.6559/6635 minggu lalu.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4556/4634 daripada 5.4704/4818 dan tinggi berbanding euro kepada 4.8272/8338 daripada 4.8583/8678.

-BERNAMA

Berita Harian X