Selasa, 30 Januari 2018 | 11:39am

Harga minyak global susut

TOKYO: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) susut pada Selasa, mencatatkan penurunan berterusan pada sesi dagangan kedua, berikutan dolar AS yang lebih kukuh, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) adalah 13 cents, atau 0.2 peratus lebih rendah pada AS$65.43 pada 0027 GMT.

Semalam, ia menyusut 58 cents, atau 0.9 peratus kepada AS65.56 setong.

Niaga hadapan minyak mentah brent, penanda aras bagi harga minyak global, susut 0.3 peratus kepada AS$69.24 setong.

Kontrak untuk penghantaran Mac mencapai persetujuan pada AS$1.06 atau 1.5 peratus kepada AS$69.46 setong pada Isnin.

Harga minyak masih menuju ke arah perolehan keuntungan untuk lima bulan berturut-turut.

Kenaikan harga minyak yang berterusan sebelum ini didorong oleh penyusutan dolar AS untuk enam minggu berturut-turut.

Dolar AS menyusut 3 cents untuk bulan ini.

Harga minyak adalah berdasarkan mata wang AS, dan penyusutan dolar AS boleh meningkatkan permintaan minyak mentah menggunakan mata wang lain. - REUTERS

Berita Harian X