Rabu, 24 Januari 2018 | 11:21am
 TOSHIMITSU Motegi.- Foto Reuters
TOSHIMITSU Motegi.- Foto Reuters

11 anggota TPP setuju pakatan diteruskan

TOKYO: Sebelas negara Asia-Pasifik bersetuju untuk merealisasikan penubuhan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata pegawai Jepun, selepas negara terbabit menyemak semula cadangan penubuhan pakatan perdagangan itu selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri.

"Satu kenyataan persetujuan oleh 11 TPP akhirnya dicapai dan 11 negara terbabit bersetuju meneruskan persediaan untuk memeterainya (penubuhan TPP)," kata Menteri Ekonomi, Toshimitsu Motegi kepada pemberita selepas mesyuarat rasmi di Tokyo.

Persetujuan dicapai susulan mesyuarat dua hari yang dihadiri wakil perunding daripada 11 negara TPP di Tokyo.

Negara ahli akan bekerja ke arah memeterai perjanjian muktamad seawal Mac depan," kata kenyataan itu.

Perjanjian itu akan menggabungkan semua komitmen daripada anggota asal TPP, kecuali beberapa peruntukan tertentu.

"Pada mesyuarat di Tokyo, pegawai kanan menyelesaikan isu tertangguh ini, memuktamadkan senarai peruntukan yang teregantung, dan menyelesaikan pengesahan perundangan perjanjian," demikian menurut kenyataan itu. - AFP

Berita Harian X