Jumaat, 22 Disember 2017 | 9:45am

Ringgit kekal pada paras menggalakkan

KUALA LUMPUR: Ringgit, yang dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, masih kekal pada paras menggalakkan, kata peniaga.

Ia berikutan pelabur berpandangan nota tempatan adalah satu daripada mata wang Asia memiliki harapan paling cerah untuk mencatat pengukuhan lanjut memasuki 2018, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0780/0810 berbanding dolar AS daripada 4.0760/0800 pada penutup semalam.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pulangan bon global dan harga minyak yang mengukuh adalah baik bagi ringgit.

"Bagaimanapun, pelabur terus berhati-hati dalam aset yang lebih berisiko.

"Namun, mengambil kira landskap domestik dan luaran yang bertambah baik, juga kemungkinan kenaikan kadar faedah Bank Negara Malaysia pada awal 2018, ia akan memberi sokongan lanjut kepada ringgit," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X