Khamis, 14 Disember 2017 | 9:55pm
FOTO hiasan.

Oldtown White Coffee buka kafe di Kemboja

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Oldtown Bhd, Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (KAP), memeterai perjanjian dengan Biniton Food & Beverage Co Ltd serta pengarah dan pemegang sahamnya, Bun Khang, bagi membuka cawangan kafe di Kemboja.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Oldtown berkata KAP menandatangani perjanjian lesen induk (MLA) dengan dua pihak hari ini bagi menjalankan perniagaan restoran di bawah jenama Oldtown White Coffee di Kemboja.

"Perjanjian itu juga memberikan sublesen kepada pemegang lesen untuk menjalankan perniagaan di Kemboja," katanya.

Katanya, Biniton Food & Beverage dijadual membuka kafe pertamanya di Kemboja pada suku kedua 2018.

"Pelaksanaan MLA tidak dijangka memberi kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih Oldtown dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018," katanya. -- BERNAMA

Berita Harian X