Jumaat, 8 Disember 2017 | 7:43pm

Saham KL ditutup tinggi walau sentimen lemah

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini pada kedudukan tinggi, namun sentimen pasaran secara keseluruhannya lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung.

Indeks utama ditutup pada 1,721.25, meningkat 2.20 mata berbanding 1,719.05 pada penutupan Khamis.

Indeks yang dibuka 2.23 mata lebih tinggi pada 1,721.28, turun naik antara 1,718.88 dan 1,724.59 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran negatif secara menyeluruh dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 491 berbanding 328 manakala 401 kaunter tidak berubah, 643 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.83 bilion unit bernilai RM2.48 bilion berbanding 1.80 bilion unit bernilai RM2.51 bilion.

Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat enam sen kepada RM20.02, Petronas Chemicals, Axiata dan Maxis masing-masing menambah dua sen kepada RM7.42, RM5.36 dan RM5.94,, Maybank tidak berubah pada RM9.27, TNB susut enam sen kepada RM15.52 manakala CIMB turun satu sen kepada RM5.96.

Antara saham aktif, Sime Darby menokok tiga sen kepada RM2.18, PUC menambah setengah sen kepada 21.5 sen, Nexgram tidak berubah pada 3.5 sen, Sapura Energy susut 13.5 sen kepada 83 sen, Hibiscus susut setengah sen kepada 78 sen manakala DGB Asia turun satu sen kepada 3 sen.

Di papar skor, Indeks FBM Emas meningkat 12.52 mata kepada 12,345.4, Indeks FBMT 100 meningkat 15.80 mata kepada 12,019.79, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 2.94 mata kepada 12,791.28 manakala Indeks FBM 70 meningkat 21.3 mata kepada 15,110.26.

Indeks FBM Ace, bagaimanapun susut 16.28 mata kepada 6,232.41.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 44.06 mata kepada 15,989.04, Indeks Perladangan susut 2.43 mata kepada 7,856.08, manakala Indeks Perusahaan menambah 1.9 mata kepada 3,149.31.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.29 bilion unit bernilai RM2.40 bilion berbanding 1.16 bilion unit bernilai RM2.41 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 336.78 juta saham bernilai RM57.70 juta berbanding 416.12 juta saham bernilai RM73.78 juta semalam.

Jumlah waran menurun kepada 210.0 juta unit bernilai RM21.54 juta berbanding 217.01 juta unit bernilai RM24.56 juta.

Barangan pengguna menyumbang 47.31 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perushaan (262.61 juta), pembinaan (43.68 juta), perdagangan dan perkhidmatan (686.81 juta), teknologi (65.58 juta), infrastruktur (9.35 juta), SPAC (9.28 juta ), kewangan (45.92 juta), hotel (835,700), hartanah (72.72 juta), perladangan (37.48 juta), perlombongan (1,000), REIT (5.33 juta), dan dana tertutup (3,800).

- BERNAMA

Berita Harian X