Selasa, 28 November 2017 | 11:05pm

Wall Street dibuka kukuh

NEW YORK: Indeks penanda aras S&P 500 dibuka kukuh hari ini, menjejaki momentum positif di Eropah dan mengetepikan sebarang kemungkinan berhubung laporan cukai Amerika Syarikat (AS) dan pengesahan pendengaran bagi calon kerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Jawatankuasa Perbankan Senat akan mengadakan sesi pendengaran pada 9.45 pagi (1445 GMT) untuk mengesahkan pencalonan Powell sebagai ketua bank pusat AS.

Pada 9.03 pagi, e-mini Dow naik 59 mata, atau 0.25 peratus, dengan 27,639 kontrak bertukar tangan.

E-mini S & P 500 naik 3.75 mata, atau 0.14 peratus, dengan 174,385 kontrak didagangkan.

E-mini Nasdaq 100 naik 9.5 mata, atau 0.15 peratus, dengan jumlah 30,131 kontrak.

Saham Rockwell Automation jatuh 2.0 peratus selepas pesaingnya, Emerson Electric menarik balik tawarannya untuk membeli syarikat itu. Saham Emerson naik 1.2 peratus.

Buffalo Wild Wings meningkat kira-kira 7.0 peratus berikutan Roark Capital Group, pemilik rantaian restoran Arby, mengumumkan bersetuju untuk membeli syarikat itu pada harga AS$ 2.4 bilion. - Reuters

Berita Harian X