Selasa, 28 November 2017 | 7:56pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama susut kepada paras terendah dalam tempoh sembilan bulan, berikutan sentimen pasaran yang lemah mengekang minat pelabur untuk mengambil risiko di peringkat serantau, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,714.42, susut 5.44 mata daripada 1,719.86 semasa ditutup semalam.

Saham pandu pasaran yang dibuka rendah 3.74 mata kepada 1,716.12, berada dalam segmen negatif sepanjang sesi dagangan.

Jualan kebanyakannya dilihat dalam saham mewah, didahului oleh Genting Bhd, dan saham permodalan kecil. Indeks komposit turun sebanyak 1.245 mata.

Saham jatuh 19 sen kepada RM9.00 dengan 4.54 juta saham bertukar tangan.

Suasana pasaran secara keseluruhan rendah, sejajar dengan bursa serantau, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 613 berbanding 286, 370 kaunter tidak berubah, 603 tidak diniagakan dan 83 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.8 bilion unit bernilai RM2.1 bilion daripada 1.64 bilion unit bernilai RM1.78 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata, sentimen di pasaran Asia dipengaruhi oleh jualan besar-besaran saham China yang berterusan, berikutan pelabur meneliti kesan daripada garis panduan baharu untuk mengurangkan risiko dalam perniagaan pengurusan aset negara.

Beliau berkata, harga minyak rendah, yang jatuh menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di Vienna, Austria pada Khamis, sebahagiannya menyumbang kepada aliran penurunan hari ini.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut sebanyak 0.04 peratus kepada 22,486.24, Hang Seng Hong Kong merosot 0.02 peratus kepada 29,680.82, manakala Straits Times Singapura meningkat 0.17 peratus kepada 3,442.35 dan Kospi Korea Selatan menokok 0.25 peratus kepada 2,514.19.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga dan Public Bank, masing-masing turun dua sen kepada RM14.98 dan RM20.28, CIMB merosot empat sen kepada RM5.93, manakala Maybank dan Sime Darby, masing-masing tidak berubah pada RM9.20 dan RM8.94.

Petronas Chemicals, bagaimanapun, naik tujuh sen kepada RM7.38.

Daripada saham aktif, Trive Property, China Stationery, Hubline, PUC dan Borneo Oil, masing-masing turun setengah sen kepada enam sen, 1.5 sen, 11 sen, 20 sen dan sembilan sen, manakala Hibiscus berkurangan 4.5 sen kepada 71.5 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 43.61 mata kepada 12,363.9, Indeks FBMT 100 merosot 38.53 mata kepada 12,022.48, Indeks FBM Emas Syariah susut 29.19 mata kepada 12,842.72, Indeks FBM 70 turun 50.31 mata kepada 15,296.14, dan FBM Ace berkurangan 58.83 mata kepada 6,337.33.

FBM SCap susut 134.62 mata kepada RM16,801.09. Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 36.39 mata kepada 15,898.064, Indeks Perladangan berkurangan 11.87 mata kepada 7,868.88 manakala Indeks Perusahaan jatuh 13.14 mata kepada 3,101.35.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.23 bilion unit bernilai RM1.99 bilion daripada 996.49 juta unit bernilai RM1.68 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 361.68 juta saham bernilai RM69.25 juta daripada 398.64 juta saham bernilai RM72.96 juta.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 200.37 juta unit bernilai RM25.09 juta daripada 243.37 juta unit bernilai RM24.71 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 101.65 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (339.29 juta), pembinaan (73.79 juta), perdagangan dan perkhidmatan (410.01 juta), teknologi (144.1 juta), infrastruktur (10.98 juta), SPAC (4.42 juta), kewangan (51.59 juta), hotel (292,000), hartanah (77.23 juta), perladangan (11.60 juta), perlombongan (149,500), REITs (5.42 juta), dan dana tertutup (5,800). - BERNAMA

Berita Harian X