Jumaat, 10 November 2017 | 12:04pm

Harga minyak dunia kekal tinggi

SINGAPURA: Pasaran minyak tidak berubah pada Jumaat, dipacu oleh langkah pengurangan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia serta permintaan tinggi.

 

Niaga hadapan minyak mentah Brent, kontrak penanda aras antarabangsa, berada pada AS$63.84 setong pada 0120 GMT, susut 9 cents daripada penutup terakhir, namun masih hampir paras tinggi dua tahun AS$64.65 setong yang dicapai awal minggu ini.

 

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$57.05 setong, susut 12 cents, namun juga menghampiri paras tinggi dua tahun AS$57.92 setong yang dicapai minggu ini.

 

Penganalisis berkata, harga tinggi itu adalah hasil usaha OPEC dan Russia untuk mengurangkan bekalan minyak mentah bagi menjadikan pasaran sempit, selain disebabkan permintaan tinggi dan ketegangan politik yang semakin meningkat.

 

"Harga minyak meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini. Antara pemangkinnya disebabkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat minggu lalu.

 

"Ia juga disebabkan keyakinan tinggi terhadap langkah Opec dalam melanjutkan tempoh pengurangan bekalan minyak mentah serta permintaan tinggi," kata Bank AS, Goldman Sachs.

 

Beliau turut menjangkakan harga minyak terus meningkat pada masa akan datang berikutan ketegangan di Asia Barat, terutama antara ahli OPEC membabitkan Arab Saudi dan Iran, serta peningkatan pengeluaran minyak AS.  - REUTERS

Berita Harian X