Rabu, 8 November 2017 | 10:23am

Ringgit mengukuh, dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit terus kukuh dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Semakin ramai pelabur beralih kepada mata wang pesat membangun, termasuk ringgit, susulan wujud kebimbangan mengenai rang undang-undang percukaian AS, disamping kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

 

Pada jam 9.25 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2270 / 2300 berbanding dolar AS daripada 4.2285/2305 pada  Selasa.

 

Ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

 

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0994/1034 daripada 3.0983/1009 pada Selasa dan menyusut berbanding yen kepada 3.7134/7167 daripada 3.7001/7022 semalam.

 

Ringgit juga menyusut kepada 5.5665 / 5718 daripada 5.5605 / 5635 berbanding pound British pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.9008/9055 daripada 4.8907 / 8938, sebelum ini. - BERNAMA  

Berita Harian X