KUALA LUMPUR: Pameran Rekaan Dan Hiasan Dalaman Rumah (HOMEDEC) bahagian dua yang bermula hari ini hingga Ahad, dijangka menarik lebih 120,000 pengunjung.
Acara selama empat hari itu adalah kesinambungan daripada penganjuran HOMEDEC bahagian satu yang bertemakan Rekaan dan Ubahsuai pada minggu lalu.
HOMEDEC bahagian dua ini pula memberi tumpuan kepada produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan hiasan dalam dengan tema Lengkap dan Hias.
Serentak dengan itu, penganjur HOMEDEC, C.I.S Network Sdn Bhd turut melancarkan Art@HOMEDEC sebagai ciri istimewa pameran berkenaan.
Menurut Pengurus Kanannya, Liliane Lee, pihaknya melihat pengenalan Art@HOMEDEC sebagai titik pertemuan bagi pelukis dan pemilik rumah yang menghargai karya seni.
"Kami percaya dengan ruang yang diberikan kepada bakat muda untuk mempamerkan hasil karya mereka ini dapat menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan untuk melabur dalam pemilikan karya seni untuk kediaman mereka.
"Dengan kerjasama Galeri Chandan, sebanyak lebih 100 lukisan dan arca hasil seni pelukis tempatan yang berusia 35 tahun ke bawah dipamerkan kepada umum.
"Menerusi pameran ini, ia akan menimbulkan minat untuk membeli kepada pengunjung," katanya selepas majlis pelancaran Art@HOMEDEC di sini, hari ini.
Lebih 1,600 gerai pameran akan dipamerkan pada acara berkenaan.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati potongan harga sehingga 70 peratus untuk barangan dan jenama terpilih.
INFO: