Khamis, 26 Oktober 2017 | 9:28am

Saham Asia pegun

TOKYO: Saham Asia menegun pagi ini berikutan saham di Wall Street merosot daripada rekod tertinggi sebelum ini, manakala euro meneruskan pengukuhan menjelang mesyuarat dasar European Central Bank (ECB).

Indeks meluas MSCI yang menjejaki saham di Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.05 peratus.

Saham Australia turun 0.2 peratus manakala KOSPI Korea Selatan susut 0.1 peratus.

Di Jepun, indeks Nikkei menokok 0.35 peratus.

Saham Amerika Syarikat (AS) jatuh semalam disebabkan laporan kewangan yang tidak memberangsangkan, dengan Dow Jones Industrial Average mencatat prestasi harian terburuk dalam tempoh tujuh hari selepas mencatat rekod tertinggi dalam sesi sebelumnya.

Dalam pasaran kewangan, euro menambah kepada kenaikan semalaman untuk mencecah paras tertinggi enam hari AS$1.1820, dipacu jangkaan ECB mengurangkan rangsangan pembelian balik bon dan akan mengambil langkah moneteri yang lebih efektif.

Harga penanda aras minyak mentah global Brent susut 0.1 peratus kepada AS$58.41 satu tong. - Reuters

Berita Harian X