Rabu, 23 Ogos 2017 | 7:46pm

Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati walaupun pasaran saham Asia kukuh, menjejaki keuntungan semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 1.28 mata lebih rendah kepada 1,772.94 selepas bergerak antara 1,770.95 dan 1,777.18 di sepanjang hari.

Indeks dibuka 1.13 mata lebih tinggi pada 1,775.35 berbanding 1,774.22 pada penutup Selasa.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 415 berbanding 454, manakala 365 kaunter tidak berubah, 605 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak dua bilion unit bernilai RM1.97 bilion.

Peniaga itu berkata, dagangan di Bursa Malaysia perlahan sejak awal pagi, dengan berlaku tekanan jualan dalam saham-saham berkaitan dagangan/perkhidmatan dan kewangan.

"Berita yang menjejaskan pasaran hari ini termasuk berakhirnya rundingan penggabungan antara RHB Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd.

"Namun kami berharap mulai esok, pasaran akan kembali meningkat terutama bermulanya Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole selama dua hari di Wyoming, Amerika Syarikat," kata peniaga itu.

Mesyuarat berkenaan yang menghimpunkan tokoh-tokoh bank pusat dari seluruh dunia, dijangkakan memberi petunjuk mengenai perubahan utama dasar yang boleh memberi kesan ke atas ekonomi dunia, katanya.

Saham RHB melonjak 19 sen kepada RM5.07 manakala AMMB susut 11 sen kepada RM4.59.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.58, Public Bank turun dua sen kepada RM20.56, manakala Sime Darby dan CIMB masing-masing merosot satu sen kepada RM9.30 dan RM6.74,

Bagi kaunter aktif, Apft turun satu sen kepada tiga sen, Dagang Nexchange turun dua sen kepada 50.5 sen, Dutaland menokok 12 sen kepada 62.5 sen dan AirAsia X menambah setengah sen kepada 39 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 0.99 mata kepada 12,620.55 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 17.56 mata kepada 12,794.43. Indeks FBMT 100 susut 0.09 mata kepada 12,276.86.

FBM 70 menokok 33.01 mata kepada 15,041.58 dan FBM Ace menambah 33.98 mata kepada 6,581.35.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 0.53 mata kepada 3,239.18 dan Indeks Perladangan meningkat 25.86 mata kepada 7,831.30.

Indeks Kewangan susut 19.19 mata kepada 16,731.49.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.41 bilion saham bernilai RM1.83 bilion berbanding .02 bilion saham bernilai RM1.73 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 357.95 juta unit bernilai RM110.25 juta berbanding 420.76 juta unit bernilai RM116.29 juta.

Waran merosot kepada 222.62 juta saham bernilai RM25.63 juta berbanding 319.19 juta saham bernilai RM42 juta.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 54.92 juta saham yang diurus niaga di Pasaran Utama, barangan perusahaan (294.21 juta), pembinaan (76.41 juta), dagangan dan perkhidmatan (656.16 juta), teknologi (59.58 juta), infrastruktur (6.6 juta), SPAC (1.33 juta), kewangan (82.59 juta), hotels(2.9 juta), hartanah (92.84 juta), perladangan (79.32 juta), perlombongan (336,900), REIT (7.7 juta), dan dana tertutup (38,000).

- BERNAMA

Berita Harian X