Jumaat, 21 Julai 2017 | 10:54am

Saham Asia kekal hampiri paras tinggi

TOKYO: Euro menghampiri paras tinggi dua tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, manakala tinjauan ekonomi global yang kukuh mengekalkan saham Asia menghampiri paras dekad tinggi.

Pada awal dagangan di Asia, euro berada pada paras AS$1.1630, mengekalkan peningkatan satu peratusnya semalam, peningkatan terbesarnya sejak 27 Jun lalu.

Petunjuk pertumbuhan global kukuh, yang mendorong Bank Pusat Eropah (ECB) dan bank pusat utama lain membayangkan mengambil langkah mengetatkan monetari sejak bulan lalu, menyokong saham dunia.

Indeks meluas MSCI Asia Pasifik di luar Jepun yang meningkat kira-kira lima peratus dalam tempoh dua minggu lalu menyusut 0.1 peratus apabila pasaran serantau dibuka.

Indeks Nikkei Jepun jatuh 0.3 peratus berikutan yen meningkat berbanding dolar AS.

Indeks MSCI yang mengukur saham merentasi seluruh dunia meningkat untuk 10 sesi berturut-turut semalam, rali paling lama sejak Februari 2015.

Ia meningkat 3.1 peratus sepanjang rali terkini itu.

Di Wall Street, kebanyakan indeks hampir tidak berubah.

Reuters

Berita Harian X