Rabu, 19 Julai 2017 | 10:47am

Harga minyak jatuh

SINGAPURA: Harga minyak mentah jatuh hari ini.

Ia berikutan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan bekalan yang tinggi daripada Pertubuhan Pengeluar Pengeksport Petroleum (OPEC) menimbulkan kebimbangan semula terhadap lebihan bekalan baham api.

Kontrak hadapan Brent, penanda aras minyak mentah antarabangsa, berada pada paras AS$48.73 setong pada 0128 GMT, jatuh 11 cents atau 0.2 peratus daripada penutup terakhirnya.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$46.28 setong, jatuh 12 cents atau 0.3 peratus.

Stok simpanan minyak AS meningkat minggu lalu, menambah 1.6 juta tong dalam minggu berakhir 14 Julai kepada 497.2 juta tong, kata Institut Petroleum Amerika semalam. - Reuters

Berita Harian X