Sabtu, 21 November 2020 | 8:23am
Minggu Saham Digital (MSD) adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)
Minggu Saham Digital (MSD) adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)

Minggu Saham Digital terus curi tumpuan

PENGANJURAN Minggu Saham Digital (MSD), adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), berlangsung sejak 18 November lalu terus mencuri tumpuan rakyat di negara ini. 

Tahun ini, program celik kewangan dan pelaburan tahunan yang dianjurkan bersama Permodalan Nasional Berhad  (PNB) yang juga rakan penaja, tampil berbeza kerana ia dilaksanakan sepenuhnya secara digital dan dalam talian. 

Adaptasi MSAM kepada MSD menjadi bukti bahawa PNB terus berkembang dan mendukung cara baharu yang lebih menarik untuk mendekati pemegang unit dan rakyat negara ini secara umumnya.

Selaras dengan transformasi itu, MSD disiarkan secara langsung melalui platform Facebook dan YouTube antara jam 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam sejak 18 November dan bakal berakhir pada 24 November nanti.

Pelbagai pengisian menarik

Sepanjang tujuh hari acara, MSD berlangsung meriah dengan pelbagai program dan aktiviti menarik termasuk siri forum, webinar pendidikan, serta segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

Antara program yang bakal menjadi tumpuan ramai ialah Selesa, dijadualkan menemui penonton bermula hari ini, 21 November hingga 22 November. 

Image

Menerusi program ini, hos Awal Ashaari akan menunjukkan kepada penonton rumah rekaan eksklusif Setia Alamsari yang disediakan SP Setia dan Serini Melawati oleh Sime Darby Property Berhad bagi menyelusuri maksud sebenar kediaman selesa. 

Image

Selain itu, penonton juga berpeluang menyelami perbualan menarik antara pengacara Fahrin Ahmad dan Hazeman Huzir bersama tetamu jemputan mengenai kereta kegemaran mereka menerusi program Kereta Kita.

Program ini dibawakan oleh Sime Darby Berhad, UMW Holdings Berhad dan Perodua. Ia disiarkan pada 21 dan 22 November bermula 3.00 petang hingga 3.30 petang. 

Konsert maya terbesar

Image

MSD turut mengadakan konsert maya terbesar 'Pass The Mic', menampilkan selebriti terkenal seperti K-Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra menerusi persembahan langsung pada 21 November 2020. 

Penonton yang mengikuti konsert maya itu juga berpeluang memenangi Perodua Aruz bernilai RM75,000 dan 10 e-baucar Lazada bernilai RM500 setiap satu.

Jangan lepaskan peluang!

Image

Sarat dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat, seluruh rakyat Malaysia dijemput mengambil bahagian dalam MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan slogan #Labur­bersama.

Menerusi acara digital dalam norma baharu itu, peserta juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains unik, serta pertandingan pencarian harta karun maya.

Bukan itu sahaja, peserta turut berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah Ford Ranger 2.0L XLT 4WD (10AT), sebuah Toyota Vios 1.5G (AT), sebuah Perodua Aruz 1.5AV (AT), sebuah Honda CBR250, 8 buah Honda Dash 125S dan e-baucar Lazada bernilai lebih RM180,000.

Maklumat lebih lanjut mengenai jadual program yang lengkap, orang ramai boleh mengunjungi laman web MSD di www.minggusahamdigital.com.my atau @minggusahamdigital di Instagram dan facebook.

Berita Harian X