Jumaat, 2 Oktober 2020 | 11:11am

100,000 McCafé Iced Latte percuma sambut Hari Kopi Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Meraikan Hari Kopi Antarabangsa yang disambut 1 Oktober setiap tahun, McDonald's Malaysia menawarkan 100,000 McCafe Iced Latte percuma kepada orang ramai, eksklusif melalui McDelivery.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata sempena Hari Kopi Antarabangsa, pihaknya gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa sepanjang Oktober ini kepada pelanggan di seluruh negara.

Katanya, pelanggan berpeluang menikmati tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé.

"Rakyat Malaysia gemarkan kopi boleh menikmati secawan kopi penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald's yang mereka sukai, pada bila-bila masa.

"Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery," katanya dalam satu kenyataan media.

Melati berkata, sejak McCafé kali pertama dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, ia mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang menggemari rangkaian kopi berkualiti.

"Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar.

"Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya." katanya.

Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal disahkan halal.

Minuman McCafé disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma.

"Di McDonald's, kami sering memperkenalkan minuman McCafé baru sebagai tambahan kepada rangkaian minuman kami supaya pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana 296 cawangan McCafé di seluruh negara," kata Melati.

Katanya, selain 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's.

Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald's.

100,000 McCafé Iced Latte percuma sambut Hari Kopi Antarabangsa. Foto Ihsan McDonald's
100,000 McCafé Iced Latte percuma sambut Hari Kopi Antarabangsa. Foto Ihsan McDonald's
Berita Harian X