Selasa, 1 September 2020 | 2:35pm
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada Invest Malaysia 2020 Siri Ketiga Virtual di Kuala Lumpur, hari ini - NSTP/Asyraf Hamzah
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada Invest Malaysia 2020 Siri Ketiga Virtual di Kuala Lumpur, hari ini - NSTP/Asyraf Hamzah

Tiada jangka masa khusus ratifikasi CPTPP - Azmin

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang  jangka masa tertentu untuk meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) buat masa ini, kata Menteri Kanan  merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ketika ini, kementeriannya berhubung secara rapat dengan semua pihak berkepentingan dalam menyelesaikan beberapa isu bagi melindungi kepentingan peserta domestik dan industri sebelum memutuskan meratifikasinya.

Katanya, tumpuan kini lebih kepada usaha memuktamadkan dan memeterai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)  yang dijangka pada November ini.

"Tiada jangka masa ditetapkan. Kementerian saya akan terus dengan berhubung."Beberapa bulan lalu, kami terlalu sibuk dengan RCEP,  tetapi kini kita dalam peringkat akhir memuktamadkan perjanjian (RCEP)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan khas di Invest Malaysia 2020 Siri Ketiga Virtual anjuran Bursa Malaysia Bhd dan Macquarie.

Berita Harian X