Isnin, 15 Jun 2020 | 4:39pm
Gambar fail: Salah satu ruang pameran model BMW di Kuala Lumpur.
Gambar fail: Salah satu ruang pameran model BMW di Kuala Lumpur.

BMW, MINI juga umum penurunan harga

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia mengumumkan penurunan harga sehingga RM29,747.13 bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan RM31,388.77 bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU) berkuatkuasa hari ini.

Pengeluar kenderaan dari Jerman menerusi senarai harga baharu, berkata penurunan terbesar bagi model CKD adalah BMW 7 Series, 740Le xDrive yang kini dijual pada harga RM569,052.87, turun RM29,747.13 berbanding sebelumnya.

Bagi model CBU pula, BMW 8 Series iaitu 840i Gran Coupe M Sport yang baharu diperkenalkan dijual pada harga RM937,411.23, susut sebanyak RM31,388.77.

Sepanjang tempoh sehingga 31 Disember, pelanggan jenama premium itu akan menikmati pengurangan harga dari RM7,005.60 hingga RM31,388.77.

Bagi MINI pula, semua model ikonik British itu dijual pada harga RM8,146.86 hingga RM13,997.17 lebih rendah sehingga 31 Disember 2020.

Mengikut varian, model CKD iaitu MINI Countryman Sports dan MINI Countryman Blackheath Edition masing-masing dijual pada harga RM239,280.38 dan RM244,280.38, membabitkan penurunan sebanyak RM9,607.62.

Bagi CBU pula, model MINI John Cooper Works Countryman 306HP menawarkan penjimatan tertinggi iaitu sebanyak RM13,997.17 apabila ia kini ditawarkan pada harga RM378,888.

Info:

Harga baharu model BMW dan MINI

BMW 3 Series (CKD)

- 320i Sport - RM241,794.40 (kurang RM7,005.60)

- 330i M Sport - RM286,187.48 (kurang RM7,612.52)

BMW 6 Series (CKD)

- 630i GT M Sport - RM430,800 (kurang RM8,000)

BMW 7 Series (CKD)

- 740Le xDrive - RM569.052.87 (kurang RM29,747.13)

BMW 8 Series (CBU)

- 840i Gran Coupe M Sport - RM937,411.23 (kurang RM31,388.77)

BMW X1 (CKD)

- X1 sDrive20i M Sport - RM225,410.37 (kurang RM8,389.63)

BMW X3 (CKD)

- X3 xDrive30i Luxury - RM304,234.72 (kurang RM9,565.28)

- X3 xDrive30i M Sport - RM319,163.87 (kurang RM9,636.13)

BMW X4 (CKD)

- X4 xDrive30i M Sport - RM364,062.14 (kurang RM11,373.86)

BMW X6 (CBU)

- X6 xDrive40i M Sport - RM703,947.39 (kurang RM25,852.61)

BMW X7 (CBU)

- X7 xDrive40i Pure Excellence - RM861,846.72 (kurang RM26,953.28)

BMW Z4 (CBU)

- Z4 sDrive30i M Sport - RM464,510.09 (kurang RM15,289.91)

BMW i (EV)

- i3s - RM268,823.96 (kurang RM9,976.04)

Harga MINI

MINI Cooper S 3 Door (CBU)

- RM240,777.56 (kurang RM9,110.44)

MINI John Cooper Works 3 Door (CBU)

- RM302,831.50 (kurang RM11,056.50)

MINI Cooper S Convertible (CBU)

- RM269,899.47 (kurang RM9,988.53)

MINI Cooper S 5 Door (CBU)

- RM250,506.94 (kurang RM9,381.06)

MINI Cooper S Clubman (CBU)

- RM287,725.61 (kurang RM11,162.39)

MINI John Cooper Works Clubman 306HP (CBU)

- RM345,497.82 (kurang RM13,390.18)

MINI Countryman Pure (CKD)

- RM220,741.14 (kurang RM8,146.86)

MINI Countryman Sports (CKD)

- RM239,280.38 (kurang RM9,607.62)

MINI Countryman Blackheath Edition (CKD)

- RM244,280.38 (kurang RM9,607.62)

MINI John Cooper Works Countryman 306HP (CBU)

- RM364,890.83 (kurang RM13,997.17)

Berita Harian X