Khamis, 26 March 2020 | 6:58pm
Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Negara tangguh keluar tiga laporan utama kepada 3 April

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menerbitkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019 (AR 2019), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 (EMR 2019) dan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019 (FSR 2H 2019) pada 3 April 2020.

Difahamkan, sebelum ini ketiga-tiga laporan utama itu dijadualkan diterbitkan minggu ini.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata, bank pusat itu mengambil pendekatan baharu dan berbeza bagi ketiga-tiga penerbitan berkenaan.

Ia menjelaskan, penerbitan AR 2019 bertujuan menjangkau khalayak ramai yang lebih besar supaya mereka boleh mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang mandat BNM dan cara pelaksanaannya, bidang di bawah tanggungjawab serta peranan dan fungsi bank pusat itu.

“Pendekatan BNM bagi penerbitan tahun ini adalah selaras dengan amalan bank pusat yang lain. AR 2019 turut menjelaskan operasi utama BNM dan inisiatif yang telah dilaksanakannya sepanjang 2019.

BNM berkata, EMR 2019 adalah penerbitan yang lebih bersifat teknikal dan menumpukan kepada penilaian dan unjuran bank pusat itu mengenai keadaan dan perkembangan ekonomi.

Sementara, FSR 2H 2019 yang diterbitkan dua kali setahun, juga adalah penerbitan yang teknikal dan mengandungi penilaian terperinci BNM mengenai risiko terhadap kestabilan kewangan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X