Isnin, 16 March 2020 | 2:39pm
Festival Absolut Food Malaysia 2020 yang dijadualkan pada 17-19 April depan ditangguhkan berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19.
Festival Absolut Food Malaysia 2020 yang dijadualkan pada 17-19 April depan ditangguhkan berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19.

COVID-19: Festival Absolut Food Malaysia 2020 ditangguhkan

KUALA LUMPUR : Festival Absolut Food Malaysia 2020 yang dijadualkan pada 17-19 April depan ditangguhkan berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19.

Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd (AEMSB), Nadiyah Shahab berkata, keputusan itu diambil setelah menjalankan kaji selidik secara menyeluruh merangkumi beberapa faktor utama mengenai penularan wabak ini.

“Festival ini sepatutnya berlangsung pada April di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditangguhkan ke satu tempoh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

“Ianya bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk dibuat memandangkan kami telah bersiap sedia sejak beberapa bulan kebelakangan ini lagi didalam menjayakan acara ini. Namun keselamatan pengunjung menjadi teras kepada keutamaan kami.

“Kami juga berharap agar peniaga dan pengunjung yang telah merancang perjalanan dari awal memahami akan situasi yang sedang berlaku ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadiyah berkata, pihaknya memandang serius akan penularan wabak COVID-19 ini yang semakin meningkat dan menyahut saranan Perdana Menteri agar menangguhkan sebarang acara membabitkan orang ramai.

Untuk rekod, dua acara Festival Absolut Food Malaysia yang dilangsungkan pada 2019 berjaya mengumpulkan lebih daripada 500,000 orang pengunjung.

Berita Harian X