Jumaat, 20 Disember 2019 | 5:56pm
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Kabinet Jepun lulus belanjawan AS$939 bilion

TOKYO: Kerajaan Jepun meluluskan perbelanjaan belanjawan tertinggi bernilai AS$939 billion (RMRM3.9 trilion) bagi tahun fiskal akan datang, kata Kementerian Kewangan pada Jumaat, dalam usaha mengimbangi keperluan untuk meningkatkan pertumbuhan dan mengurus beban hutang awam paling berat.

Jumlah bernilai 102.7 trilion yen (AS$939 bilion) bagi tahun bermula 1 April menyaksikan kenaikan 1.2 peratus dari tahun semasa, didorong oleh perbelanjaan untuk kebajikan dan perbelanjaan tentera dan lain-lain dengah tujuan merancakkan ekonomi.

  

Perdana Menteri, Shinzo Abe, mengutamakan pertumbuhan pembaharuan fiskal di bawah dasarnya "Abenomics" yang memberi penekanan terhadap rangsangan monetari dan perbelanjaan fleksibel serta merancang peningkatan perbelanjaan selama lapan tahun berturut-turut.

Sebahagian daripada perbelanjaan yang dirancang akan membantu membiayai pakej fiskal bernilai AS$122 bilion (RM505.4 trilion) yang disatukan bulan ini oleh Kabinet Abe untuk meningkatkan pertumbuhan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas terkesan daripada perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kenaikan cukai jualan pada 1 Oktober kepada 10 peratus.

  

Pentadbiran Abe mengharapkan pengembangan ekonomi untuk meningkatkan pendapatan cukai bagi membantu membiayai hutang, kerana tumpuan terhad untuk rangsangan monetari mendorong pembuat dasar global untuk memberi tumpuan kepada perbelanjaan fiskal.

  

"Kami akan meneruskan usaha pembaharuan perbelanjaan untuk menyesuaikan kedua-dua kebangkitan ekonomi dan pembaharuan fiskal," kata Menteri Kewangan, Taro Aso, kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet.

  

"Kami sedang berusaha untuk mencapai lebihan belanjawan utama," katanya, sambil menimbang pandangan bahawa dasar kadar ultra rendah Bank of Japan membolehkan kerajaan untuk membiayai hutangnya dengan berkesan.

Parlimen kini perlu meluluskan pelan perbelanjaan, bersama-sama dengan bajet tambahan yang berasingan untuk tahun fiskal ini, pada awal 2020.

  

"Meskipun kenaikan cukai, kewangan am semakin buruk memandangkan kerajaan memperluaskan perbelanjaan untuk meringankan tekanan levi yang lebih tinggi," kata Koya Miyamae, ahli ekonomi kanan di SMBC Nikko Securities.

  

Hutang am Jepun adalah lebih dua kali ganda daripada nilai ekonominya iaitu AS$ 5 trilion (RM20.7 trilion) setakat ini tertinggi dalam kalangan ekonomi maju. - Reuters

Berita Harian X