Khamis, 21 November 2019 | 2:58pm
DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.
DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.

Redzuan tinjau super dron di Subang

SUBANG: Kementerian Pembangunan Usahawan sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengenai keperluan mewujudkan kerangka perundangan kondusif dan menyeluruh bagi menyokong perkembangan industri dron dan kereta terbang.

Menterinya, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof berkata, kerangka perundangan itu perlu dalam langkah kerajaan memperkasakan ekosistem sedia ada.

Beliau juga hari ini sudah meninjau super dron atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang dan menerima penerangan perancangan EastCap Bhd untuk melabur bagi membangunkan kemudahan pemasangan “manned aerial vehicle” sebanyak 10,000 unit setahun dengan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran eksport.

“Kementerian juga telah memberikan sokongan dan fasilitasi berkaitan kepada beberapa projek dron dan air mobility yang dijalankan oleh syarikat tempatan dan luar negara.

“Projek seumpama ini dapat menggalakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri aeroangkasa dan air mobility menerusi usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasangan dan pembuatan barangan dan komponen.

“Ia juga membolehkan negara menggunakan teknologi terkini merangkumi data besar, kecergasan buatan (AI) dan Internet Untuk Segalanya (IoT).

DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.
DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.

DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.
DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.

“Ia adalah inisiatif swasta yang tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Redzuan berkata, sebagai menteri yang menerajui pembangunan keusahawanan, pihaknya akan terus menyokong dan memudah cara pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berinovasi tinggi, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

Beliau berkata, ianya berada di bawah Teras Strategik 5 untuk memperluas sektor berpotensi utama dalam industri pertumbuhan tinggi seperti aeroangkasa, automatif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal.

“Kementerian akan sentiasa menjalin kerjasama secara berterusan dengan industri tempatan dan antarabangsa bagi mencapai objektif yang disasarkan di bawah DKN 2030.

“Walaupun begitu, usahawan yang ingin menceburi industri tersebut haruslah akur dan memahami peraturan dan perundangan sedia ada serta sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terhadap proses penguatkuasaan dan pemantauan sebarang aktiviti berkaitan,” katanya.

Kementerian juga menggalakkan lebih banyak syarikat inovasi tempatan untuk memilih Cyberjaya sebagai platform test-bed untuk menguji teknologi dan inovasi baharu termasuk autonomous, dron dan air mobility.

Super Dron itu adalah hasil usaha sama EastCap Bhd yang bertindak sebagai pengedar sah dengan dua syarikat dari China iaitu eHang Intelligent Equipment Guangzhou (eHang) dan Strong Rich Holdings Ltd.

DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.
DATUK Seri Redzuan Mohd Yusof meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Weststar Hangar, Subang.

Berita Harian X