Selasa, 22 Oktober 2019 | 5:14pm

Rizab antarabangsa BNM meningkat

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.3 bilion pada 15 Oktober 2019 daripada AS$103.0 bilion pada 30 September 2019.

Dalam kenyataannya, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$96.7 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.9 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.5 bilion).

Aset pula merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM432.65 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.51 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.81 bilion), hartanah - tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM14.03 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM142.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.90 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM166.25 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.79 bilion), deposit lain (RM442.70 juta), Kertas Bank Negara (RM19.48 bilion), peruntukan SDR (RM7.68 bilion) dan liabilitili-liabiliti lain (RM2.70 bilion).

-BERNAMA

Berita Harian X