Isnin, 29 Julai 2019 | 9:08pm

Grab melabur AS$2 bilion di Indonesia

JAKARTA: Gergasi e-hailing, Grab melabur AS$2 bilion (RM8.24 bilion) di Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang, menggunakan dana dari SoftBank Group dari Jepun untuk meningkatkan kehadirannya dalam ekonomi terbesar di Asia Tenggara, kata firma itu hari ini.

  

Firma yang berpangkalan di Singapura itu menyaksikan perniagaannya berkembang dengan pesat sejak ia membeli perniagaan e-hailing motosikal serantau pesaingnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Uber dan perniagaan makanan pada Mac tahun lalu sebagai pertukaran 27.5 peratus saham dalam Grab.

  

Pelaburannya di Indonesia akan memberi tumpuan kepada membangunkan rangkaian pengangkutan kenderaan generasi akan datang dan melancarkan perkhidmatan e-penjagaan kesihatan untuk meningkatkan akses kepada doktor dan perkhidmatan perubatan di seluruh nusantara.

Pengumuman itu dibuat selepas SoftBank minggu lalu berkata, ia akan bekerjasama dengan firma teknologi termasuk Apple dan Microsoft dalam dana pelaburan baru bernilai AS$108 bilion (RMRM445.28 bilion).

  

Ia adalah pengganti kepada Dana Wawasan yang besar yang sudah lama diusahakan, yang membeli kepentingan dalam syarikat pemula baharu dalam sektor teknologi dari Uber ke WeWork.

  

"Sektor teknologi Indonesia mempunyai potensi besar," kata Pengerusi SoftBank Masayoshi Son dalam satu kenyataan.

  

"Saya sangat gembira untuk melabur AS$2 bilion ke masa depan Indonesia melalui Grab."

Firma Jepun itu juga telah melabur dalam Grab, yang bersaing dengan gergasi e-hailing motosikal Indonesia, GoJek dan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk penghantaran makanan dan pembayaran bil.

  

Pada Isnin, Grab juga mengumumkan rancangan untuk membina sebuah ibu pejabat kedua di Indonesia yang akan menempatkan pusat penyelidikan dan reka bentuk. - AFP

Berita Harian X