Isnin, 29 Julai 2019 | 7:22pm
KUANTAN 04 DISEMBER 2018. Kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL
KUANTAN 04 DISEMBER 2018. Kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL

Pembaharuan permit operasi di landasan - Lynas

BENGALURU: Lynas Corp Ltd (Lynas), pengilang nadir bumi Australia kini berada di landasan untuk memperbaharui lesen operasinya di Malaysia, berikutan permintaan perlahan dari China di tengah-tengah penurunan pendapatan jualan sukuan.

Lynas yang berdepan dengan isu perundangan dan beberapa pertikaian dengan Kerajaan Malaysia berhubung pelupusan sisa radioaktif paras rendah yang dihasilkan oleh loji pemprosesannya di Malaysia, pada minggu lalu berkata, pihaknya yakin masalah berkaitan isu pelesenan itu dijangka selesai sebelum 2 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze, dalam taklimat penganalisis hari ini berkata, tempoh paling awal pihaknya dapat memperbaharui lesen adalah beberapa minggu sebelum tarikh pembaharuan.

“Ia bukan perkara luar biasa...Kami akan terus produktif di beberapa kawasan tertentu di seluruh Malaysia,” katanya. “Ia bukan luar biasa ... Kami terus terbabit dengan pelbagai produk di seluruh Malaysia,” tambahnya.

Lynas, pengeluar nadir bumi terbesar dunia di luar China, dalam laporan suku tahunannya menyatakan Timbalan Menteri Alam Sekitar Malaysia dalam Parlimen berkata, pembaharuan lesen berkenaan akan diputuskan oleh Kabinet dan ia akan diumumkan pada pertengahan Ogos ini.

Lynas berkata, pada Jun pihaknya memulakan simpanan stok elemen nadir bumi Neodymium Praseodymium (NdPr) untuk pelanggan strategik di tengah-tengah ketegangan perdagangan Sino-Amerika Syarikat yang mana menimbulkan kebimbangan pengeluar utama China boleh membendung eksport nadir bumi.

Pendapatan jualan bagi sukuan Jun jatuh 4.6 peratus kepada AS$87.5 juta, lebih rendah AS$91.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Saham Lynas turut merosot sehingga 3.2 peratus pada AS$2.58 pada 0211 GMT.

Lacaze berkata, permintaan di China adalah perlahan dan pasaran automotif tidak berkembang yang mana ia adalah pemacu kepada permintaan sangat besar.

“Terdapat kebimbangan sebenar di sana mengenai kesan perang perdagangan itu,” katanya.

Selain itu katanya, permintaan pelanggan utama dari luar China sangat kukuh dan terus berkembang.

Pengeluaran sukuan NdPr mencapai 1,505 tan, berbanding dengan 1,447 tan, tahun lalu. - Reuters

Berita Harian X