Jumaat, 26 Julai 2019 | 11:40am
SAHAM Alphabet Inc melonjak kira-kira lapan peratus. - Foto AFP
SAHAM Alphabet Inc melonjak kira-kira lapan peratus. - Foto AFP

Saham Alphabet melonjak sekitar 8 peratus

SAN FRANCISCO: Saham Alphabet Inc melonjak kira-kira lapan peratus selepas syarikat berkenaan melaporkan keputusan suku tahunannya yang mengurangkan kebimbangan pelabur mengenai cabaran pertumbuhan yang dihadapi perniagaan pengiklanannya, Google.

Dipacu oleh jualan pengiklanan, pendapatan suku kedua dan hasil, ia mengetepikan jangkaan penganalisis.

Selain itu, firma carian dan iklan dalam talian terbesar di dunia itu, berbanding pesaingnya, Facebook tidak terkesan dengan peraturan mengenai peningkatan pengawal seliaan.

Selepas sejam didagangkan pada Khamis, saham Alphabet meningkat kepada AS$1,226.60, berada di landasan untuk kenaikan harian terbesar mereka dalam empat tahun meskipun masih susut sekitar empat peratus daripada paras tertingginya sebelum merosot pada April.

Saham Alphabet melangkaui pesaing di Wall Street, tahun ini, dengan naik sekitar sembilan peratus ketika ditutup pada Khamis, berbanding keuntungan kasar 20 peratus bagi S&P 500.

Google turut berdepan dengan situasi kelembapan industri dalam penjualan iklan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, dengan pendapatan daripada pasaran baharu muncul masih belum meningkat.

Ketua Eksekutif Google, Sundar Pichai memberitahu penganalisis pada Khamis, kemajuan dalam pengiklanan bersasar dan perkhidmatan baharu untuk pengguna di seluruh dunia akan merangsang pertumbuhan.

Katanya, syarikat berkenaan telah terselamat daripada syarat peraturan yang dikenakan sebelum ini.

“Kami faham akan ada penelitian yang dibuat, dan kami akan berusaha untuk bekerjasama,” katanya.

Alphabet, yang mana menjana kira-kira 85 peratus pendapatan daripada jualan ruang iklan dan teknologi pengiklanan, melaporkan jumlah pendapatan suku kedua sebanyak AS$38.9 bilion.

Ia meningkat 19 peratus berbanding tahun lalu dan berbanding pertumbuhan 17 peratus pada suku pertama.

Penganalisis secara puratanya menganggarkan pertumbuhan 16.8 peratus dan AS$38.2 bilion bagi pendapatan, demikian menurut data IBES dari Refinitiv.

-REUTERS

Berita Harian X