Khamis, 13 Jun 2019 | 2:56pm
PRESIDEN Persatuan Rantaian Peruncit (MRCA), Datuk Seri Garry Chua. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PRESIDEN Persatuan Rantaian Peruncit (MRCA), Datuk Seri Garry Chua. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Peluang terokai industri francais di MIRF

KUALA LUMPUR: Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) akan menjadi platform bagi francaisi untuk menerokai industri francais, semasa kalangan perniagaan mempamerkan jenama mereka yang sudah terkenal.

Presiden Persatuan Rantaian Peruncit (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, berkata pameran itu akan membolehkan pempamer, industri dan orang awam untuk libat urus sesama mereka secara efektif.

Beliau berkata, MIRF keempat akan menumpukan pada jenama francais dan fokus terhadap hubungan dua hala antara francaisor dan francaisi.

“Francaisi juga dapat melihat manfaat operasi perniagaan sedia ada yang termasuk produk, perkhidmatan dan malah pengiktirafan jenama yang sudah terkenal.

“Francaisor juga akan mendapat manfaat daripada hubungan pertumbuhan bersama, meningkatkan ekuiti jenama, kesetiaan pelanggan dan pengembangan antarabangsa,” katanya pada sidang media berhubung MIRF di sini, hari ini.

Pameran itu yang dijadualkan pada 18-20 Julai, dijangka menjana hasil sebanyak RM90 juta untuk pempamer.

Bertema “Masa Depan Francais”, ia akan mempamerkan lebih 200 pempamer tempatan dan asing daripada pelbagai negara termasuk Taiwan, China, Vietnam dan Singapura. Ia dijangka menarik 18,000 pengunjung tempatan dan asing. - BERNAMA

Berita Harian X