Isnin, 22 April 2019 | 4:16pm
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April 2019 daripada AS$103 bilion pada 29 Mac 2019. - Foto hiasan
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April 2019 daripada AS$103 bilion pada 29 Mac 2019. - Foto hiasan

Rizab antarabangsa BNM meningkat

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April 2019 daripada AS$103 bilion pada 29 Mac 2019.

Dalam kenyataan, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 15 April terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$97.3 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$2.4 bilion).

Katanya, aset termasuk emas, pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR iaitu sebanyak RM422.27 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM402.62 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.16 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 billon), dan aset-aset lain (RM16.44 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.29 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM163.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.92 bilion), deposit lain (RM625.76 juta), kertas Bank Negara (RM20.18 bilion), peruntukan SDR (RM7.61 bilion), dan liabiliti lain (RM1.66 bilion). - BERNAMA

Berita Harian X