Khamis, 14 March 2019 | 5:23pm

CIDB anjur anugerah kecemerlangan industri pembinaan 2019

KUALA LUMPUR: Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan 2019 (MCIEA) kini dibuka untuk penyertaan sehingga 12 April bagi pengiktirafan terhadap individu, projek atau organisasi cemerlang dalam sektor pembinaan negara.

Untuk tahun ini, anugerah anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang ke-19 mempertandingkan lima kategori iaitu Anugerah Kontraktor Terbaik, bagi kontraktor Gred 1 hingga 6, Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Kontraktor Terbaik 2019 bagi kontraktor Gred 7 dan Anugerah Individu.

Bagi mengukuhkan lagi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan untuk merealisasikan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020.

“MCIEA mewujudkan persaingan sihat dengan mempamerkan amalan terbaik penggiat dalam industri pembinaan,” kata Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad A’sri Abdul Hamid dalam kenyataan mengenai pembukaan penyertaan anugerah itu hari ini.

Kategori-kategori yang dipertandingkan, katanya selaras dengan aspirasi empat teras strategik CITP, iaitu kualiti, keselamatan dan profesionalisme, kemampanan alam sekitar dan produktiviti serta pengantarabangsaan.

Untuk maklumat lanjut, penggiat industri yang berminat boleh layari laman web CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi 03-40477046/7029/7049.

-BERNAMA

Berita Harian X