Isnin, 29 Oktober 2018 | 3:42pm
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming (dua kanan), Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad (kiri) melawat tapak pameran mesin NSW yang membuat cip eletronik selepas Majlis Pembukaan Graphene Malaysia 2018 di Menara MITI. - Foto Rosela Ismail

Produk grafin berpotensi sumbang RM20 bilion menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Grafin Kebangsaan 2020 (NGAP2020) berpotensi menyumbang pendapatan negara kasar melebihi RM20 bilion dengan mewujudkan 9,000 peluang pekerjaan baharu.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis, berkata grafin mampu membantu negara mewujudkan ekosistem ekonomi berimpak tinggi menerusi industri ini.

“Penyelidikan dan pembangunan berskala besar dalam industri kesihatan, tenaga, keselamatan dan aeroangkasa membantu meningkatkan permintaan terhadap produk ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Tanpa pelaburan bermanfaat dalam inovasi grafin dan usaha ke arah pengkomersialan produk ini, terdapat risiko untuk Malaysia ketinggalan di belakang,” katanya ketika berucap melancarkan Hari Grafin Malaysia 2018 di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming (kanan) bersama Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis (dua kiri) merasmikan produk oleh MIMOS 2018 pada Majlis Pembukaan Graphene Malaysia 2018 di Menara MITI. Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad (tengah) Pengurus Besar MIMOS Semiconductor MIMOS, Wan Azli Wan Ismail (kiri) dan Pengarah Kejuteraan NSW Automotive, KS Boo (dua kanan). - Foto Rosela Ismail

Turut menyempurnakan majlis pelancaran itu, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), Dr Ong Kian Ming.

Persidangan dua hari bertemakan Grafin Malaysia 2018: Mengukuhkan Ekosistem Grafin ke Arah Agenda Nasional itu dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai institusi dan syarikat tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu, Kian Ming berkata, Malaysia menyedari potensi ekonomi nanoteknologi terutamanya bahan grafin.

“Sais pasaran grafin global dianggarkan bernilai AS$23.7 juta pada 2015 dan dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan purata terkumpul (CAGR) melebihi 36 peratus pada tempoh 2016 hingga 2025,” katanya

NGAP2020 bertujuan meneroka potensi ekonomi hiliran menerusi bahan grafin dengan lima bidang tumpuan utama.

Ia termasuk anod bateri lithium-ion dan kapasitor ultra; bahan penambah getah; nanocecair; dakwat konduksi dan bahan penambah plastik.

Pelan itu hasil usahasama antara MESTECC dan MITI serta NanoMalaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Info

Grafin - lapisan tunggal atom grafit. Mempunyai kekuatan 200 kali lebih kuat berbanding keluli, 1 juta kali lebih konduktif berbanding tembaga, lebih fleksibel berbanding getah di mana komuniti sains memanggilnya bahan ajaib.

Berita Harian X