Isnin, 1 Oktober 2018 | 9:42am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan peningkatan berterusan harga minyak.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1350/1410 berbanding 4.1370/1400 penutup Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata dua faktor utama dijangka memberi kesan kepada prestasi ringgit ialah peningkatan harga minyak selain kadar faedah As yang lebih tinggi.

"Sungguhpun harga minyak tinggi ketika ini, pelabur kekal berhati-hati berhubung prestasi dolar AS selain kadar faedah lebih dikenakan Rizab Persekutuan," katanya kepada BERNAMA.

Pada 9 pagi, Brent didagangkan pada AS$83.01 satu tong.

Sementara itu, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0238/0293 daripada 3.0232/0263 Jumaat dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6320/6382 daripada 3.6472/6501.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.7991/8065 daripada 4.7969/7007 tetapi mengukuh pound British kepada 5.3916/3999 daripada 5.3984/3044. - BERNAMA

Berita Harian X