Khamis, 23 Ogos 2018 | 9:14am

Qantas Airways catat rekod keuntungan tertinggi

SYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas, mencatat peningkatan 14.9 peratus dalam keuntungan bersih tahunan.

Ia mencatat pulangan memberangsangkan merentas semua sektor perniagaan sungguhpun harga minyak yang lebih tinggi.

Keputusan kewangan syarikat penerbangan itu yang berakhir 30 Jun 2018 mencecah AUS$980 juta (AS$720 juta), dengan sumbangan lebih tinggi daripada cabang domestik.

Keuntungan sebelum cukai naik 14 peratus kepada AUS$1.4 bilion, rekod baharu bagi Qantas.

Ketua Eksekutifnya, Alan Joyce, berkata angka padu itu mencerminkan pasaran yang memberangsangkan selain usaha penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan syarikat penerbangan itu.

Qantas menyaksikan proses pengstrukturan semula agresif yang mana kakitangan dan angkatan pesawat dikurangkan selain beralih daripada beroperasi di laluan yang tidak menguntungkan. - AFP

Berita Harian X