Rabu, 25 Julai 2018 | 10:31am
- Gambar hiasan

Minyak naik untuk hari kedua

TOKYO: Harga minyak menokok untuk hari kedua selepas data industri menunjukkan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh lebih banyak daripada jangkaan minggu lalu, melegakan kebimbangan berhubung lebihan bekalan yang menarik turun pasaran dalam sesi dagangan baru-baru ini.

Brent menokok 29 cent, atau 0.4 peratus, pada AS$73.73 satu tong pada 0035 GMT.

Penanda aras global itu ditutup 38 cent lebih kukuh pada AS$73.44 satu tong Selasa, selepas menokok setinggi AS$74 satu tong.

West Texas Intermediate (WTI) naik 22 cent, atau 0.3 peratus, kepada AS$68.74, selepas ditutup 63 cents, atau hampir satu peratus lebih tinggi sebelum ini.

Laporan bahawa China akan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur juga membantu mengurangkan kebimbangan ketegangan bahawa perdagangan AS-China akan mengurangkan permintaan.

Simpanan minyak mentah AS susut lebih banyak daripada jangkaan minggu lalu, kata American Petroleum Institute (API).

Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 3.2 juta tong dalam minggu berakhir 20 Julai kepada 407.6 juta tong, berbanding jangkaan penganalisis yang meramalkan penyusutan 2.3 juta tong.

Simpanan minyak mentah di hab penghantaran Cushing, Oklahoma, susut 808,000 tong, kata API. - Reuters

Berita Harian X