Selasa, 27 March 2018 | 3:10pm
REX Cheuk dan Jane Zhang bergambar bersama pada sidang media Seminar Access to China Consumers di Menara MATRADE. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
REX Cheuk dan Jane Zhang bergambar bersama pada sidang media Seminar Access to China Consumers di Menara MATRADE. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Alibaba unjur lebih ramai PKS Malaysia sertai Tmall

KUALA LUMPUR: Tmall, platform rentas sempadan Alibaba Group menjangkakan pembabitan syarikat Malaysia menerusi platformnya akan terus berkembang tahun ini.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Tmall Global, Rex Cheuk, berkata Malaysia yang menduduki tempat ke-7 dalam Laporan Pengguna Global Tahunan Tmall 2017 akan kekal menjadi penyumbang terpenting platform maya itu.

Katanya, menerusi perkembangan itu, syarikat Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memanfaatkan peluang untuk meneroka potensi berkembang di pasaran global.

"Malaysia memiliki pelbagai produk berkualiti tinggi termasuk durian, kopi, biskut dan sarang burung yang memenuhi selera rakyat China.

"Dengan permintaan tinggi di China, ia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh syarikat Malaysia dan PKS untuk mengembangkan jenama di peringkat antarabangsa," katanya kepada media selepas di luar Seminar Akses Kepada Pengguna China  anjuran Alibaba di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Pengurusan Pedagang Tmall, Jane Zhang.

Seminar yang disertai lebih 500 usahawan Malaysia itu dirumus khas untuk membantu syarikat PKS memahami pasaran China.

Berita Harian X