Jumaat, 27 Oktober 2017 | 7:49pm
This photo illustration shows Malaysian ringgit banknotes in Kuala Lumpur on June 29, 2015. Asian equities and the euro tumbled June 29 on fears Greece will crash out of the eurozone after Athens called off debt reform talks and announced a referendum on creditors' proposals next weekend, days after a repayment deadline. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA
This photo illustration shows Malaysian ringgit banknotes in Kuala Lumpur on June 29, 2015. Asian equities and the euro tumbled June 29 on fears Greece will crash out of the eurozone after Athens called off debt reform talks and announced a referendum on creditors' proposals next weekend, days after a repayment deadline. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

Sistem kewangan negara terus cergas

SISTEM perbankan kekal rancak dengan semua petunjuk pembiayaan berkembang dalam tempoh tujuh bulan pertama 2017 selaras dengan prestasi ekonomi yang memberangsangkan.

Permohonan pinjaman meningkat 4.1 peratus kepada RM477.5 bilion dan kelulusan pinjaman meningkat ketara 11.2 peratus kepada RM212.2 bilion (Januari-Julai 2016: 0.5 peratus; RM458.9 bilion;-15.4 peratus; RM190.7 bilion).

Pada masa sama, pengeluaran pinjaman bertambah 10 peratus kepada RM632.5 bilion (Januari-Julai 2016: 2.7 peratus; RM574.8 bilion).

Jumlah pinjaman terkumpul mencatat peningkatan 5.6 peratus kepada RM1, 549.4 bilion pada akhir Julai 2017 (akhir Julai 2016: 5.9; RM1,467.3 bilion).

Dalam tempoh sama, kelulusan pinjaman kepada perniagaan kembali pulih sebanyak 10.4 peratus kepada RM86.9 bilion (Januari-Julai 2016: -11.6 peratus; RM78.7 bilion) dan pengeluaran pinjaman meningkat 14.3 peratus kepada RM416.4 bilion (Januari - Julai 2016: -2.3 peratus; RM364.5 bilion).

Sektor pembuatan adalah penerima terbesar pinjaman yang dikeluarkan iaitu 19.4 peratus diikuti sektor perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel (18.7 peratus).

Pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencatat pertumbuhan kukuh dengan pengeluaran pinjaman meningkat secara signifikan sebanyak 13.4 peratus kepada RM160.7 bilion (Januari-Julai 2016: -3.8 peratus; RM141.7 bilion).

Jumlah pinjaman terkumpul bagi PKS meningkat 8.1 peratus kepada RM292 bilion yang mencakupi 51.5 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul perniagaan pada akhir Julai 2017 (akhir Julai 2016: 9.8 peratus; RM270.2 bilion; 50.8 peratus).

Pinjaman terkumpul

Sebahagian besar pinjaman terkumpul adalah bagi tujuan modal kerja (43.9 peratus) dan pembelian hartanah (36.2 peratus).

Bagaimanapun, permohonan dan kelulusan pinjaman merosot 3.5 peratus dan 3.3 peratus kepada RM97.5 bilion dan RM34.4 bilion (Januari-Julai 2016: -9.1 peratus, -7.3 peratus; RM101 bilion, RM35.5 bilion).

Pembiayaan kepada perusahaan mikro juga disediakan oleh institusi kewangan di bawah Skim Pembiayaan Mikro.

Pada masa ini, tujuh institusi perbankan dan tiga institusi kewangan pembangunan menyediakan pembiayaan produk kewangan konvensional dan patuh Syariah kepada usahawan mikro melalui lebih daripada 2,000 penyedia perkhidmatan.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2017, pinjaman kepada isi rumah kekal stabil dengan permohonan pinjaman meningkat secara ketara sebanyak 11.9 peratus kepada RM270.9 bilion (Januari-Julai 2016: -2.4 peratus; RM242.2 bilion).

Kelulusan dan pengeluaran pinjaman juga meningkat 14.1 peratus dan 4.2 peratus kepada RM114.9 bilion dan RM169.3 bilion (Januari - Julai 2016: -20.7 peratus; -7.9 peratus; RM100.6 bilion; RM162.5 bilion).

Penggunaan secara kredit

Kebanyakan pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah adalah bagi penggunaan secara kredit dengan nilai RM79.1 bilion atau 46.7 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah (Januari - Julai 2016: RM76.6 bilion; 47.2 peratus).

Seterusnya, diikuti oleh pinjaman untuk pembelian harta tanah kediaman berjumlah RM44.3 bilion atau 26.1 peratus (Januari -Julai 2016: RM44.7 bilion; 27.5 peratus).

Sementara itu, pada akhir Julai 2017, jumlah pinjaman terkumpul isi rumah meningkat 5.1 peratus atau RM883.8 bilion mewakili 57 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul dalam sistem perbankan (akhir Julai 2016: 5.7 peratus; RM841.2 bilion; 57.3 peratus).

Jumlah hutang isi rumah terus menyederhana sejak 2012. Pada akhir Julai 2017, jumlah hutang isi rumah meningkat 5.1 peratus kepada RM1,111.9 bilion (akhir Julai 2016: 5.8 peratus; RM1,057.8 bilion) terutama pinjaman bagi pembelian harta tanah kediaman yang meningkat 8.8 peratus.

Jumlah hutang isi rumah mencatat 85.6 peratus kepada KDNK pada suku kedua 2017 (akhir 2016: 88.4 peratus). Sebahagian besar hutang isi rumah adalah untuk pemilikan harta dengan 63 peratus pinjaman bersandarkan aset hartanah dan pelaburan dengan prinsipal terjamin.

Trend pertumbuhan hutang isi rumah yang sederhana disokong oleh pelaksanaan beberapa langkah berhemat diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2010 bagi mengekang pertambahan hutang isi rumah.

Selain itu, isi rumah juga lebih berhati-hati dalam menambah hutang dan berwaspada dengan kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman.

Secara keseluruhan, kapasiti bayaran balik hutang isi rumah kekal teguh pada tujuh bulan pertama 2017 disokong oleh pertumbuhan pendapatan dan keadaan pasaran buruh yang stabil.

Berita Harian X