Isnin, 18 September 2017 | 12:40pm
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy. - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy. - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Akta GST akan dipinda

KUALA LUMPUR: Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dipinda bagi membolehkan kutipan cukai dikenakan kepada peserta ekonomi digital, khususnya syarikat asing yang menawarkan perkhidmatan di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Subromaniam Tholasy, berkata cadangan pindaan akta itu akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata, pindaan akta itu membolehkan kerajaan mengutip cukai kepenggunaan berkenaan terhadap perkhidmatan yang menggunakan platform digital seperti penyedia perisian.

Katanya, pindaan akta itu juga akan mewujudkan persekitaran perniagaan lebih adil kerana peserta digital tempatan yang menyediakan perkhidmatan seumpamanya sudah dikenakan GST.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pembukaan Persidangan GST 2017 di sini, hari ini.

Persidangan itu dianjurkan JKDM dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Berita Harian X