Isnin, 16 November 2020 | 6:17pm
Jualan Super Sale airasia.com bermula dari 16 hingga 22 November 2020 - Foto Bloomberg
Jualan Super Sale airasia.com bermula dari 16 hingga 22 November 2020 - Foto Bloomberg

Tawaran produk serendah RM1.99 di airasia.com

KUALA LUMPUR: Aplikasi airasia.com menawarkan rangkaian produk bermula serendah RM1.99 sempena jualan Super Sale dari 16 hingga 22 November 2020.

Jualan airasia.com Super Sale yang dilancarkan bulan lalu menggantikan jualan popular Tempat Duduk Percuma AirAsia sebelum ini.

Ia menawarkan bukan hanya produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan, produk perjalanan dan gaya hidup, malah perkhidmatan mesra Muslim serta pakej kesihatan dan kesejahteraan.

Produk terbabit disediakan di airasia.com super app untuk semua melalui laman web atau aplikasi mudah alih.

Pelanggan juga boleh menggunakan ciri BigPay Checkout untuk membuat pembayaran dengan lebih lancar untuk semua produk

Sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale, pelanggan boleh menikmati diskaun hingga 50 peratus darioada peniaga terpilih di airasia Fresh dengan bayaran penghantaran RM1 di samping diskaun hingga 50 peratus untuk peniaga terpilih di airasia Food, platform pesanan makanan dalam talian yang beroperasi tanpa komisen.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan berkata sejak pelancaran airasia.com sebagai Asean super app bulan lalu, pihaknya terus memperluaskan jangkauan pasaran dan mempelbagaikan rangkaian produk di rantau ini.

"Baru-baru ini, kami melancarkan AirAsia Unlimited Pass di Filipina, Thailand dan Indonesia, serta memperkenalkan airasia Health di Malaysia, sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan perubatan secara menyeluruh.

"Kami juga berusaha untuk memperluaskan platform e-dagang di ASEAN melalui kerjasama strategik dengan penyedia teknologi, peniaga dan pembekal perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jualan airasia.com Super Sale kali ini menawarkan diskaun yang lebih hebat untuk pelbagai produk dan peniaga.

"Kami juga berbesar hati kerana melalui jualan ini, kami dapat membantu memulakan kembali perniagaan yang terjejas oleh pandemik semasa.

"Selamat berbelanja dan nikmatilah tawaran terbaik untuk perjalanan, aktiviti, makanan dan banyak lagi," katanya.

Berita Harian X