Selasa, 15 September 2020 | 5:06pm
Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim
Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Sedia keluarkan 8,000 unit PROTON X50 dalam dua bulan

TANJUNG MALIM: PROTON Holdings Bhd (PROTON) bersedia untuk mengeluarkan sehingga 8,000 unit model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya, PROTON X50 dalam tempoh lebih kurang dua bulan iaitu menjelang akhir tahun ini jika ia menerima banyak permintaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, berkata sebagai permulaan, pihaknya menyasarkan untuk menjual 4,000 unit PROTON X50 sehingga akhir tahun ini.

"Tetapi, sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi daripada sasaran ini, kami telah bersedia untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran model ini sehingga 8,000 unit di kilang pemasangan di Tanjung Malim, Perak.

"Maka, pelanggan masih berpeluang untuk menikmati pengecualian cukai jualan sebanyak 10 peratus yang ditawarkan oleh kerajaan sehingga akhir tahun ini," katanya pada sidang media selepas majlis pratonton media PROTON X50 di sini, hari ini.Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalannya, Datuk Radzaif Mohamed.

Ketua Pereka Proton, Azlan Othman memberi taklimat mengenai kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim
Ketua Pereka Proton, Azlan Othman memberi taklimat mengenai kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Pada majlis itu, PROTON buat julung kali memperkenalkan SUV keduanya, PROTON X50 untuk tatapan media selepas melancarkan PROTON X70 dua tahun lalu.

Proton X50 didatangkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan mempunyai enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Bagi tiga varian pertama,setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim
Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim
Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim
Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Tempahan dibuka bermula esok dengan bayaran tempahan sebanyak RM500. Pelanggan juga boleh melihat dengan lebih dekat SUV yang termasuk dalam kategori segmen B ini di bilik pameran terpilih bermula Sabtu ini.

Mengulas lanjut Roslan berkata, PROTON X50 mampu membantu syarikat automotif nasional itu untuk mencapai sasaran jualan keseluruhannya pada akhir tahun sebanyak 110,000 unit.

"Ketika ini sehingga bulan Ogos, kami merekodkan jualan lebih 62,000 unit. Kami yakin mampu mencapai sasaran ditetapkan dibantu pengenalan PROTON X50 ini yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi," katanya.

Mengenai potensi model itu dieksport, Roslan berkata, sememang eksport adalah sesuatu yang dirancang iaitu ke pasaran yang telah ditembusi oleh PROTON atau yang mempunyai potensi termasuk ASEAN, Afrika dan Pakistan.

Berita Harian X