Khamis, 28 Mei 2020 | 10:16pm
Gadang Holdings Bhd - Foto BERNAMA
Gadang Holdings Bhd - Foto BERNAMA

Anak syarikat Gadang dapat kontrak ECRL RM81 juta

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Gadang Holdings Bhd, Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM81 juta untuk membina kerja-kerja bawah tanah untuk Seksyen 5 dan 6 projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kontrak diperoleh daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd.

Gadang berkata, jumlah kontrak untuk Seksyen 5 dan 6 masing-masing adalah RM24.11 juta dan RM57.072 juta.

"Projek Seksyen 5 bermula hari ini dan diharapkan akan selesai pada 30 Jun, 2022, sementara projek Seksyen 6 akan bermula pada 15 Jun 2020 dan dijangka selesai pada 15 Disember 2022," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata projek-projek terbabit diunjurkan dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat pada masa akan datang.

"Risiko yang berkaitan dengan projek itu kebanyakannya adalah risiko operasi yang biasa dan syarikat akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengurangkan risiko berkenaan," tambahnya.

-BERNAMA

Berita Harian X