Selasa, 10 Disember 2019 | 5:13pm
KETUA Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi. - Foto Khairul Azhar Ahmad
KETUA Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Etika beli pengeluar firma mesin layan diri Singapura

KUALA LUMPUR: Etika Sdn Bhd (Etika), antara pengeluar minuman halal terkemuka Malaysia mengukuhkan portfolio perniagaannya selepas mengambil alih Advend Systems Pte Ltd yang beribu pejabat di Singapura.

Advend Systems adalah pengeluar dan pembangun mesin layan diri serta penyedia sistem penyelesaian industri layan diri.

Pengambilalihan itu termasuk perniagaan mesin layan diri di Malaysia dan Singapura yang beroperasi di bawah nama Atlas Vending.

Dengan pengambilalihan itu, Etika kini adalah peserta nombor satu dalam industri berkenaan dengan lebih daripada 10,000 mesin layan diri di seluruh Malaysia.

Selepas berakhirnya pengambilalihan, Etika akan menjual minuman panas di samping produk konfeksioneri.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi, berkata syarikat itu sentiasa memberi penekanan khusus untuk memenuhi keperluan pengguna sebaik mungkin.

“Susulan pengambilalihan Atlas Vending, kami kini berupaya menyediakan lebih banyak mesin layan diri, menjadikan Etika syarikat minuman dengan kehadiran mesin layan diri nombor satu di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan operasi lebih 39 tahun, Atlas Vending adalah antara penyedia penyelesaian layan diri terbesar di Singapura serta Malaysia, dengan perkhidmatan merangkumi minuman panas dan sejuk seperti kopi, minuman dalam tin, minuman botol selain snek seperti mi dalam cawan.

Etika adalah pembotol rasmi PepsiCo di Malaysia.

Ia memasar dan mengedarkan jenama global PepsiCo seperti

Pepsi, Tropicana, Mountain Dew, Revive Isotonic, Mirinda, 7UP, Lipton Ice Tea, MUG, Gatorade, Sting, Evervess dan Kickapoo.

Berita Harian X