Selasa, 3 Disember 2019 | 2:01pm
Faisal Ismail dan Saleha M Ramly.
Faisal Ismail dan Saleha M Ramly.

CGC lantik dua pengarah baharu

KUALA LUMPUR: Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melantik Faisal Ismail dan Saleha M Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa 1 Disember 2019.

Dalam satu kenyataan, CGC berkata, Faisal mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dan pendedahan di peringkat antarabangsa dalam lembaga pengarah dan pengurusan atasan.

Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang penggabungan dan pengambilalihan, korporat, kewangan, perancangan cukai, perundingan, transformasi dan sumber manusia.

“Pengalaman beliau meliputi pelbagai industri termasuk perhotelan, pelaburan dan pembangunan hartanah, penjagaan kesihatan,

pembinaan dan pembaikan kapal, perbankan, tenaga serta pendidikan,” kata CGC.

Faisal sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Landmarks Bhd, Pengarah Eksekutif di Binafikir Sdn Bhd, Pengarah Bahagian Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd dan Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Holdings Bhd.

Beliau adalah ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants di England & Wales dan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Selain itu, beliau juga adalah Pnegarah Bebas Bukan Eksekutif

J.P. Morgan Chase Bank Bhd sejak 2011.

Sementara itu, Saleha memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebelum melangkah ke sektor swasta di mana beliau memegang pelbagai jawatan dalam bahagian undang-undang dan atau kesetiausahaan di beberapa syarikat.

Beliau pernah berkhidmat di Sime UEP Properties Bhd, Sime Darby Bhd, Landmarks Bhd dan Country Heights Holdings Bhd.

CGC berkata, selepas bersara pada 2007, Saleha meneruskan

khidmatnya di Scomi Group Bhd, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan kumpulan syarikat ACR Capital Holdings Pte Ltd di Malaysia dan Singapura sehingga 2018.

“Beliau membawa lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang korporat dan operasi kesetiausahaan.

“Kepakaran beliau adalah termasuk merangka dasar tadbir urus

korporat dan dokumen undang-undang di samping melatih kakitangan syarikat mengenai hal ehwal tadbir urus dan undang-undang,” katanya.

Berita Harian X