Selasa, 22 Oktober 2019 | 3:46pm
T7 Global Bhd

T7 Global dapat kontrak telaga bersepadu PETRONAS

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd (T7 Global) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd (TOS) dilantik oleh PETRONAS sebagai kontraktor panelnya untuk kontrak induk pan-Malaysia.

Dalam kenyataannya, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu berkata di bawah pelantikan selama lima tahun itu, Tanjung Offshore akan menyediakan perkhidmatan telaga bersepadu bagi intervensi, proses kerja dan peminggiran untuk kontraktor pengaturan petroleum (PAC) bagi Petronas Carigali Sdn Bhd.

Katanya, kontrak itu bermula 20 September 2019 dan akan dilaksanakan berlangsung sehingga 19 September 2024.

Di bawah kontrak itu, Tanjung Offshore akan menguruskan perkhidmatan berkaitan dengan proses kerja telaga, peningkatan pengeluaran dan peminggiran telaga, habitat marin dan perkhidmatan berkaitan telaga yang lain.

Pengerusi T7 Global, Datuk Seri Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, berkata dengan peningkatan medan minyak yang semakin berusia di Malaysia, pengeluaran luar pesisir dan pasaran peminggiran telaga dijangka meningkat dengan ketara, sekali gus mewujudkan peluang perniagaan yang besar.

-BERNAMA

Berita Harian X