Selasa, 15 Oktober 2019 | 2:16pm
CREST Builder Holdings Bhd (Crest Builder)
CREST Builder Holdings Bhd (Crest Builder)

Crest Builder dapat kontrak RM155.1 juta

Ia berkata tempoh kontrak yang ditetapkan dalam surat penerimaan itu adalah 24 bulan bermula 15 November 2019.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan seterusnya,” katanya dalam kenyataan yang difailkan di Bursa Malaysia hari ini.

Crest Builder sebelum ini berkata, ia juga berhasrat membida projek-projek bukan infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seperti stesen depoh di Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Syarikat itu mengambil bahagian dalam proses kelayakan awal Mei lalu, dengan keputusannya akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Berita Harian X