Khamis, 3 Oktober 2019 | 5:00pm
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. - Foto Imran Makhzan
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. - Foto Imran Makhzan

PETRONAS gondol dua Anugerah Putra Brand

KUALA LUMPUR: PETRONAS meraih Anugerah Platinum Putra Brand dan Anugerah ‘Hall of Fame’ bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori pada Anugerah Putra Brand, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata setelah memenangi Anugerah Emas selama sembilan tahun berturut-turut sebelum ini, anugerah tahun ini pengiktirafan ke atas peningkatan tarikan jenama produknya dalam kalangan rakyat Malaysia.

“PETRONAS berbangga dipilih sekali lagi sebagai jenama kegemaran rakyat Malaysia. Kedua-dua anugerah itu adalah yang pertamadan ia mencerminkan kekuatan jenama kami.

“Kami sentiasa melabur untuk mengukuhkan produk bagi memastikan ia memenuhi keperluan pelanggan bagi pemanduan yang lancar tanpa gangguan. Kepercayaan mereka terhadap jenama adalah bukti jelas kualiti tinggi bahan api dan pelincir kami,” katanya.

Tahun ini, PDB melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lebih lancar, responsif dan cekap. Bahan api itu mendapat maklum balas yang sangat positif.

Baru-baru ini, syarikat itu juga memperkenalkan rangkaian baharu Petronas Syntium dengan pelincir CoolTech yang diformulakan untuk meredakan kepanasan enjin berlebihan bagi prestasi dan kecekapan enjin yang lebih baik.

-BERNAMA

Berita Harian X