Khamis, 22 Ogos 2019 | 2:40pm

Jimah East Power TNB beroperasi

KUALA LUMPUR: Dua unit pertama loji jana kuasa arang batu yang dimiliki dan dikendalikan Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) memenuhi tarikh operasi komersil (COD) pada tengah malam semalam, sekali gus menambah 1,000 megawatt (MW) kepada kapasiti penjanaan sedia ada Semenanjung Malaysia pada 22,748 MW.

JEP sedang membangunkan dua loji jana kuasa bertenaga arang batu ultra superkritikal (USC) di Port Dickson yang adalah loji jana kuasa arang batu TNB ketiga dan keempat paling cekap setakat ini.

Selain JEP, dua loji penapisan arang batu USC lain TNB ialah Manjung 4 dan Manjung 5 di Lumut.

"Kedua-duanya adalah antara loji arang batu ultra-kritikal pertama di ASEAN," kata TNB.

Teknologi USC ialah teknologi pembakaran arang batu yang cekap, dengan kecekapan 40 peratus berbanding loji janakuasa arang batu konvensional dengan kecekapan 36 peratus.

TNB memiliki 70 peratus projek JEP manakala Mitsui & Co Ltd dan Chugoku Electric Power Sdn Bhd masing-masing menguasai 15 peratus kepentingan dalam JEP.

"Kedua-dua loji itu berada dalam kedudukan strategik dan penting dalam mengukuhkan jaminan bekalan tenaga di Semenanjung.

Loji kedua JEP (1,000 MW) berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai COD pada Disember 2019," kata TNB dalam kenyataan hari ini.

Teknologi USC adfalah teknologi pembakaran arang batu dengan 40 peratus kecekapan berbanding loji arang baharu konvensional dengan 36 peratus kecekapan.

Berita Harian X